BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 13 Ogos 2012

benda best baru

Assalamualaikum :) minggu nih minggu aku exam.exam aku start jumaat minggu lepas and sambung minggu nih tapi yang tak boleh blaa bila exam kena sambong lepas cuti raya coz khamis nih da cuti -,- macam tak blaa kan?haha.btw sekarang aku suka layan lagu malique :) korang kenal kn?alaa yang geng dengan joe flizzow tuhh :) best kot lagu dia semua.lirik2 dia penuh dengan maksud yang mendalam :D yang terbaru sekarang lagu dia bertajuk"teman pengganti" feat black mentor.syokk gila lagu nih bai..nak aku bagi lirik :)

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

***
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

[Ulang ***]

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



okay kalau korang boleh tangkap maksud lirik tuhh memang layan gile :) aku rasa lagu nih cerita pasal suami dia yang dah nak meninggal duani and suruh isteri dia cari pengganti dia.betul ke?haha ntah laa :D emmm ok lah aku taktau nak tulis apa lgi dah :P haha btw korang doakan ak keyy utk exam esok.perghh akaun plak.okay terima kasih sudi baca :) ASSALAMUALAIKUM :)

Selasa, 7 Ogos 2012

akhirnyaaa :)

assalamualaikum :) dah lama aku tak update blog aku :) ada laa kot dalam 5 bulan maybe? hihi so banyak cerita yang aku nak share.mula2 facebook aku kena hack !! kwaja betol sape yang hack tuhh !! ada dipadamnya account aku -,- sabooo jek laaa~...second,aku dah clash dengan wani tuhh.okay tak ada jodoh dah :) dah laa lupakn jee :) sekarang aku main twitter jekk :) hohoho.nanti last aku letak link aku tuhh :) btw maybe minggu nih or next week aku exam.so korang doakan aku ek :) aku skang nak luluskan subjek akaun aku tuhh.susah bebeno :) huhu.emmm k lah aku tak tahu nak tulis apa lagi :) sambung esok kay :) ehhh sebelum tuhh ini link twitter aku :)https://twitter.com/SalmanAlHafiz
emmm oka laaa kot takde apa dah :) Assalamualaikum :D thanks sudi baca :) ngeeeeeee~